September 1st, 2020

Pasangan berkahwin mana yang tak seronok jikalau rumah tangga yang dibina bakal diserikan lagi dengan kehadiran ahli keluarga baru.

Sama juga dengan pasangan selebriti popular iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson, apabila mereka berkongsi berita bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi.

zahirah dan aiman hakim timang cahaya mata pertama

Momen indah itu didedahkan sendiri oleh Zahirah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi. Menurut entri tersebut, bayi yang dikandungnya kini sudah pun mencecah usia 6 bulan.

 

View this post on Instagram

 

6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you ?? @aimanhakimridza

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

“6 bulan membesarkan si kecil sayang kami, ibu dan ayah tak sabar nak jumpa awak.”

Malah Aiman Hakim turut tidak melepaskan peluang ini untuk berkongsi foto yang sama di laman Instagram miliknya juga.

 

View this post on Instagram

 

So excited to meet this little person who is half me and half the one I Love. Alhamdullilah ?? @zahirahmacwilson

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza) on

“Tak sabar nak jumpa si kecil ini yang sebahagian daripada saya dan juga sebahagian daripada orang yang saya cintai.”

Untuk pengetahuan semua, Aiman Hakim dan Zahirah telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada Februari lepas dan tanpa perlu menunggu lama, nampaknya pasangan ini bakal dikurniakan cahaya mata tak lama lagi.

Tahniah buat pasangan ini dan semoga proses menyambut ahli keluarga baru nanti berjalan dengan mudah!


2 responses to “(TAHNIAH) Zahirah MacWilson Dan Aiman Hakim Ridza Umum Bakal Timang Anak Pertama”

  1. Zioe says:

    Congratulation both of u….?

  2. Zioe says:

    Congratulation both of u….?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...