June 7th, 2013

Ramai sungguh selebriti-selebriti tempatan yang menamatkan zaman bujang mereka pada minggu ini. Salah seorang daripada mereka ialah penyampai radio Era, Zahid dan kekasih hatinya Sarah. Pasangan ini telah berkenalan dan bercinta menerusi Twitter.

gambar kahwin zahid dan sarah

Mereka berdua telah sah menjadi suami isteri sekitar jam 3.30 petang tadi dengan sekali lafaz sahaja. Sebelum majlis pernikahan dilangsungkan, Zahid dan Sarah ditunangkan terlebih dahulu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak dengan mas kahwin sebanyak RM101.

gambar kahwin zahid dan sarah

Majlis resepsi pertama mempelai akan berlangsung esok 8 Jun 2013, manakala untuk majlis sambut menantu di sebelah Zahid pula akan diadakan pada 15 Jun 2013 di Teluk Intan, Perak. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan buat Zahid dan Sarah. Semoga perkahwinan anda akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah!!!
gambar kahwin zahid dan sarahP.S: Dapatkan majalah Hijabista versi digital dengan harga yang amat murah di laman web Emall Karangkraf. Senang dibaca dan dibawa ke mana-mana. Yang penting, harganya lebih murah berbanding versi print out. Cubalah hari ini.


Comments are closed.

Loading...