Selepas 4 tahun, Yusry Abdul Halim menyampaikan berita gembira mengenai isterinya. Lisa Surihani yang kini sedang mengandung anak ketiga mereka menerusi Instagram miliknya tadi.
Kata lelaki itu, meskipun ramai yang sudah dapat menebak berita tersebut berdasarkan gambar ulang tahun perkahwinan yang dimuat naik sebelum ini, namun mereka memilih untuk tidak memberitahu umum dahulu.
“Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini, ‘tak perlu untuk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga’.”
Bersyukur dengan anugerah Tuhan ini, Yusry mengakui bahawa hal tersebut sudah pun dimaklumkan kepada keluarga dan rakan terdekat. Bahkan pelakon dan penyanyi itu sempat mendoakan agar pasangan lain yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, agar dipermudahkan urusan mereka.
“Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.”
View this post on Instagram
Di akhir entri tersebut, Yusry berterima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan perkara yang baik buatnya dan Lisa Surihani.
Tahniah buat pasangan ini!