Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Yatt Hamzah Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Tahniah kami ucapkan kepada selebriti, Yatt Hamzah dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin yang baru sahaja menimang cahaya mata semalam.

Advertisement

Yatt melahirkan seorang seorang bayi perempuan seberat 3 kilogram kira-kira jam 9.14 pagi semalam di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Zulfadhli menerusi portal BH ONLINE.

Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah.  Isteri saya dimasukkan hospital sejak semalam.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi di bilik pembedahan. Ia momen yang cukup indah dan berharga. Perasaan bercampur baur. Saya gembira, teruja dan bersyukur pada masa sama.

Advertisement

Tambah Zulfadhli, beliau dan Yatt berterima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan agar proses bersalin berjalan lancar dan agar anak mereka diberikan kesihatan yang baik. Buat masa ini, mereka masih belum memutuskan nama bagi cahaya mata mereka.

Yatt dan Zulfadhli mendirikan rumah tangga pada 27 Februari lepas.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top