Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Yatt Hamzah & Mohammad Zulfadli Sah Bergelar Suami Isteri

Beberapa hari ini blog kami mempunyai sedikit masalah teknikal, namun masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Yatt Hamzah yang sudah  sah menjadi isteri kepada Mohammad Zulfadli hanya dengan sekali lafaz pada jam 9 pagi Sabtu lepas,  di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Yatt telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan. Pihak perempuan memberikan 11 dulang hantaran berbalas 9 oleh pihak lelaki. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah masjid tersebut iaitu Muhamad Sujak Dusuki yang berwakil walikan hakim.

Advertisement

Selepas semuanya selesai, Yatt pagi tadi sempat meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahan beliau berjalan lancar seperti yang dirancang. Yatt juga berharap agar perkahwinan kali kedua ini akan kekal selamanya.

Alhamdulillah semua sudah selesai dan bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain saya turut berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Yatt Hamzah dan suami, pedulikan apa sahaja kritikan masyarakat sebelum ini dan nikmati kebahagiaan anda bersama. Semoga perkahwinan Yatt kali ini adalah yang terkahir. InshaAllah.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top