(TAHNIAH) Yatt Hamzah Kini Sedang Hamil 2 Bulan

Hiburan

(TAHNIAH) Yatt Hamzah Kini Sedang Hamil 2 Bulan

Berkahwin pada 27 Februari lalu bersama seorang juruvideo, Yatt Hamzah dan suaminya bakal menimang cahaya mata pertama mereka apabila Yatt mengesahkan beliau kini sedang hamil dua bulan.

Advertisement

Yatt memberitahu kepada BH ONLINE, beliau mengetahui berita kehamilannya itu kira-kira tiga minggu lalu. Sebenarnya beliau dan suami sama sekali tidak merancang soal anak dan menerima apa sahaja rezeki daripada Allah SWT buat mereka.

Sebenarnya, saya dan suami tidak merancang apa-apa mengenai anak. Kami biarkan rezeki itu ditentukan Allah. Alhamdulillah, saya disahkan hamil.

Setakat ini, kandungan kali ini agak manja sedikit. Saya hanya makan di rumah saja kerana tidak boleh makan di luar.

Melahirkan anak sulungnya Suci Hanania Malika kira-kira enam tahun lepas, Yatt akui beliau sentiasa berharap dan menunggu untuk mendapatkan anak lagi. Akhirnya permintaan beliau itu sudah termakbul.

Saya bersyukur kerana sejak kelahiran Suci enam tahun lalu, saya sentiasa berdoa diberikan cahaya mata kedua. Sekarang pada perkahwinan kedua ini, Allah makbulkan doa saya. Bukan saya saja, malah Suci paling gembira untuk mendapat adik. Dia banyak mengingatkan saya agar berhati-hati.

Tahniah kepada Yatt Hamzah dan suami, rezeki mereka untuk mendapatkan cahaya mata nampaknya awal dan syukur kerana permintaan Yatt untuk menambah zuriat akhirnya dimakbulkan. Harap ibu dan anak didalam kandungan sihat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...