(TAHNIAH) Yatt Hamzah Kini Hamil Anak Ke-6 Pada Usia 40 Tahun

Hiburan

(TAHNIAH) Yatt Hamzah Kini Hamil Anak Ke-6 Pada Usia 40 Tahun

Pelakon Yatt Hamzah menerusi akaun Instagramnya mengumumkan bahawa dia kini hamil anak ke-6 dan usia kandungan sudahpun mencecah lima bulan.

Yatt HamzahSumber : Instagram Yatt Hamzah  

Pelakon filem Impak Maksima sebelum ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama pasangannya Zulfadhli Khairuddin.

Advertisement

Menzahirkan perasaan syukur kerana diberi peluang untuk hamil lagi dan diberikan kesihatan yang baik.

“Apapun  Allah bagi bonda okay je Alhamdullilah, tak tahulah abahnya. Alhamdullilah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun (Yatt mengalami keguguran sekali sebelum ini). Alhamdullilah Allah bagi sihat, kuat dan cergas walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je.”

Yatt dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia dan suami bakal menyambut kelahiran bayi dalam kandungan iu pada Julai ini.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan untuknya.

Sekadar info, Yatt telah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruvideo Mohamad Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Suci Humair Iqlima, Suci Hayfa Medina, Suci Hawa Zulaikha. Manakala perkahwinan pertamanya, Yatt mempunyai seorang anak iaitu Suci Hanani Malika.

Sebelum ini, Yatt pernah mengalami keguguran anak ke-lima pada September tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...