(TAHNIAH) Yasmin Hani Selamat Bersalin Anak Kedua

Hiburan

(TAHNIAH) Yasmin Hani Selamat Bersalin Anak Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada pengacara dan pelakon, Yasmin Hani Richardson dan suaminya, Shahrin Razali Wong atas kelahiran cahaya mata kedua mereka. Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur  pada jam 2.07 petang pada hari Selasa 27 Disember 2016.

Advertisement

Pada mulanya, saya cuba melahirkan bayi kedua ini secara normal.  Namun, atas beberapa komplikasi yang dilalui, saya akhirnya dimasukkan ke wad pembedahan. Saya bersyukur semuanya selamat dan tidak berdepan dengan kesulitan teruk.

Semoga dengan kehadiran ahli keluarga terbaru ini dapat menambahkan kasih sayang dan kebahagiaan buat beliau dan suami.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.