Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara Yasmin Hani yang mengesahkan beliau kini sedang hamil anak kedua.
Dalam satu temubual bersama Harian Metro, Yasmin  memberitahu kandungannya itu kini sudah mencecah lima bulan dan ia sememangnya rancangan beliau dan suaminya Shahrin Razali untuk menambah cahaya mata selepas anak sulung mereka Noah Ismail Wong kini sudah berusia 3 tahun.
Alhamdulillah, impian kami untuk menambah zuriat tahun ini tercapai. Kami merancang anak kedua ini kerana Noah semakin membesar dan senang untuk dijaga. Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Saya bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk seperti wanita lain.
Yasmin sengaja tidak menghebahkan berita gembira itu awal-awal kerana mahu memastikan anak dalam kandungan benar-benar selamat.
Bagi saya, apabila usia kandungan sudah mencecah empat bulan ke atas barulah saya sedia untuk berkongsi. Lagipun saya tidak mahu sorok berita baik ini terlalu lama.
Alhamdullilah, semoga Yasmin Hani dan anak didalam kandungannya berada didalam keadaan sihat. Harapnya segala proses untuk menimang cahaya mata kedua ini berjalan dengan lancar.