February 13th, 2015

Jutaan tahniah diucapkan kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang kini telah pun sah bergelar suami isteri. Mereka berdua telah disatukan dengan sekali lafaz di majlis pernikahan yang berlangsung di rumah keluarga Yana Samsudin, Taman Kota Impian, Yong Peng, Johor sebentar tadi. Kedua-duanya dilihat mengenakan pakaian pengantin serba putih.

gambar nikah yana samsudin

Mereka berdua telah disatukan kira-kira jam 4.15 petang. Pengantin lelaki menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 hantaran oleh pengantin perempuan. Mas kahwin ialah sebanyak RM10,000 dan wang hantaran pula sebanyak RM50,000.
gambar nikah yana samsudin
Sebentar lagi Abang Nara akan kongsikan informasi dan gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari. Sabar ye!!!


Comments are closed.

Loading...