Agak lama tidak mendengar cerita tentang pasangan kontroversi Watie Elite dan Joey. Rasanya ramai mengetahui yang mereka mereka bercinta dan hanya menunggu masa untuk bergelar suami isteri. Dan menurut Mstar Online, mereka berdua sebenarnya sudah disahkan bernikah pada hujung tahun 2011.
Pernikahan yang dilakukan secara senyap-senyap ini hanya dihadiri oleh kaum keluarga terapat kedua-dua belah pihak. Namun Watie apabila dihubungi enggan mengesahkan perkara ini sebaliknya hanya memberikan hint-hint tertentu. Kata Watie:-
Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu. Kami mahu keadaan ‘panas’ yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum.Lagipun saya perlu meminta izin daripadanya (Joey) sebelum membuat sebarang kenyataan. Maklumlah, sekarang ini kami sudah ‘berdua’
Tak apalah Watie. Benda baik patutnya tak perlulah sorok-sorok atau malu-malu nak bagitau. Namun kenalah minta kebenaran daripada suami dulu kan. Apa pun, Abang Nara ucapkan tahniah atas berita pernikahan ini. Semoga Watie akan bahagia di samping suami baru yang tercinta.