October 8th, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi yang terkenal menerusi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH Ke 31 semalam dengan undian tertinggi sebanyak 2,053,997. Kemenangan ini memang agak mengejutkan. Wany juga berjaya memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular.

Menerusi kemenangannya bagi Bintang Paling Popular, Wany telah berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu kereta jenis Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM125,000 beserta trofi.

ABPBH semalam berlangsung dengan meriah sekali di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dihoskan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick telah disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Berikut kami sertakan juga senarai  penuh pemenang bagi setiap kategori di ABPBH 31 :-

1) BINTANG PALING POPULAR: WANY HASRITA

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR: WANY HASRITA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: SYAMEL & ERNIE ZAKRI

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: FENDY BAKRY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: FARAH NABILAH

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: EMMA MAEMBONG

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: NUR FAZURA

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: HAZIQ (HOT FM)

14)ARTIS VERSATIL POPULAR: ALIF SATAR

ARTIS SENSASI POPULAR: NEELOFA

PASANGAN SERASI DRAMA: FATTAH AMIN & NUR FAZURA

PASANGAN SERASI FILEM: ZUL ARIFFIN & NUR FAZURA

INSTAFAMOUS CILIK POPULAR: ARIF JIWA

PERSONALITI MEDIA SOSIAL POPULAR: FATIMAH OMAR MUKHLIS

ANUGERAH KHAS SEPANJANG HAYAT: NOORKUMALASARI

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : TV3 MALAYSIA& BERITA HARIAN


41 responses to “(TAHNIAH) Wany Hasrita Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 31”

  1. Anonymous says:

    Ok la tu wani hasrita menang. Dari fattah or fazura or emma or neelofa …jgn marah.

  2. Ini soalan says:

    So sapa paling popular and layak menang?

  3. Anonymous says:

    Pelakon yang best2 mcm zahirah, nellydia, shafiq, amira rosli takde fan yg kuat kot…abp ni dlu dulu kalau artis tu menang means dia mmg betul2 popular cth mcm zmn tokti n kak ramlah ram.

  4. Anonymous says:

    Pelakon tv tu mcm di plan aje nak suh pasangan fattzura yg menang…sbb faz biasa menang pelakon filem wanita popular..emma plak biasa menang pelakon tv, ini mmg saja di tukar kot..haha pelik2 abp kali ini ermmmmm.

    • Anonymous says:

      Fans fattzura kan power. Anugerah ni anugerah fanclubs paling aktif. Sampai ada x tdo nak mengundi

Loading...