Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Wan Sakinah, Isteri Kedua Ashraf Muslim Kini Hamil 6 Minggu

Nampaknya perkhabaran bahawa isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah ialah benar. Kalau ada yang terlepas, sebelum ini Abang Nara ada kongsikan gambar asid folik yang telah dikongsikan oleh Wan Sakinah menerusi akaun Instagramnya. Gambar tersebut telah menimbulkan persoalan tentang status kehamilan dirinya.

wan sakinah mengandung

Advertisement

Hari ini menerusi Metro Ahad, dimaklumkan bahawa kehamilan Wan Sakinah sudah pun mencecah 6 minggu. Pada awal kehamilan, Wan Sakinah mengalami alahan yang teruk. Sakit kepala, muntah dan tak lalu nak makan. Malah Wan Sakinah tidak boleh makan makanan barat seperti burger, sehinggakan bau pun boleh rasa loya. Namun kalau nasi lemak memang berselera dibuatnya.

wan sakinah hamil

Nampaknya hasrat Ashraf Muslim ingin bergelar ayah akan tercapai tidak lama lagi. Jagalah isteri dan kandungan sebaik mungkin lebih-lebih di trimester pertama ini. Kalau boleh jangan buat kerja keras. Banyakkan berehat. Namun pesanan Abang Nara kepada Ashraf, jangan lupa tanggungjawab kepada isteri pertama walaupun isteri kedua sedang mengandung sekarang.

P.S: Konsep Audi Sport Quattro terbaik di Pameran Motor Frankfurt

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top