Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Wan Sakinah Isteri Ashraf Muslim Hamil Anak Ketiga

Hidup berpoligami bukanlah mudah dan pastinya mempunyai cabaran yang tersendiri, namun pelakon Ashraf Muslim sering menjadi idola ramai diluar sana kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam rumah tangganya. Kedua-dua isterinya Dayana Lokman dan Wan Sakinah mempunyai hubungan yang sangat baik.

Advertisement

Terbaru, isteri keduanya, Wan Sakinah kini sedang hamil anak ketiga. Berita gembira itu diumumkan oleh Ashraf sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto ‘baby bump’ isterinya itu. Ashraf jelas sangat bahagia dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

Tahniah kami ucapkan kepada Ashraf dan isteri, nampaknya keluarga mereka akan lebih berseri lagi dengan kehadiran orang baru tidak lama lagi. Kami memang kagum dan cukup hormati kedua-dua isterinya yang saling memahami serta menyayangi antara satu sama lain. Semoga bahagia ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Kredit Foto : The Photolicious

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. BUNGA MELATI

    June 27, 2018 at 8:13 am

    Kalau aku Dayana, aku tinggalkan serap ni. Dayana kan doktor ada kerjaya mampu sara hidup sendiri. Tak kuasa celup celap ni. Kang kena kanser serviks. Virus HPV berpindah randah.

Loading...
To Top