Hidup berpoligami bukanlah mudah dan pastinya mempunyai cabaran yang tersendiri, namun pelakon Ashraf Muslim sering menjadi idola ramai diluar sana kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam rumah tangganya. Kedua-dua isterinya Dayana Lokman dan Wan Sakinah mempunyai hubungan yang sangat baik.
Terbaru, isteri keduanya, Wan Sakinah kini sedang hamil anak ketiga. Berita gembira itu diumumkan oleh Ashraf sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto ‘baby bump’ isterinya itu. Ashraf jelas sangat bahagia dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya.
Tahniah kami ucapkan kepada Ashraf dan isteri, nampaknya keluarga mereka akan lebih berseri lagi dengan kehadiran orang baru tidak lama lagi. Kami memang kagum dan cukup hormati kedua-dua isterinya yang saling memahami serta menyayangi antara satu sama lain. Semoga bahagia ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.