(TAHNIAH) Vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah dan Isteri Selamat Menimang Cahaya Mata Pertama

Hiburan

(TAHNIAH) Vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah dan Isteri Selamat Menimang Cahaya Mata Pertama

Vokalis kumpulan Masdo, Ali Sariah dikhabarkan telah berkongsi berita gembira apabila isterinya kini telah pun selamat melahirkan anak sulung mereka pada 1 September yang lalu.

Memperoleh anak sulung lelaki, Ali dilihat begitu teruja dan turut meluahkan rasa syukur dengan segala apa yang dikurniakan tuhan kepada dirinya selama ini.

Advertisement

Dia dilaporkan telah berkongsi momen indah beserta gambar bayinya itu menerusi laman twitternya. Malah, penyanyi lagu Dinda ini turut mendedahkan nama putera sulungnya itu yang bergelar Muhammad.

Manakala di ruangan Instagram, Ali sempat mendendangkan lagu yang dicipta khas sempena kelahiran puteranya itu khas untuk tatapan peminat di luar sana.

View this post on Instagram

Duhai anugerah terindah, semoga lekas sembuh ? p/s : lagu ni ayah karang khas untuk Muhammad?? #AnakAyah

A post shared by ??? ????? (@ali.sariah) on

Ketika menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tampil mengucapkan tahniah buat Ali dan isteri sempena kehadiran insan baru dalam keluarga kecil mereka.

Sekadar info, Ali Sariah telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Natasha Nurain Mohd Azman, 22, pada Ogos tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...