Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Usia Kandungan Cecah 4 Bulan, Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Bakal Timang Anak Kedua

scha al yahya hamil anak kedua

Pasangan berkahwin mana yang tak gembira sekiranya menerima perkhabaran bakal menimang cahaya mata baru!

Selepas 6 tahun memiliki Lara Alana, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menambah ahli keluarga baru tak lama lagi.

Advertisement

Berita baik itu dikongsikan sendiri oleh Awal Ashaari di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua. We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now. Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna. Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. P/s: Scha mintak maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Saya pun kengkadang pun dia benci jugak hahahaha ? ?? SchAwaLara

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

Advertisement

Bukan sahaja gembira menyambut ulang tahun kelahirannya, Awal Ashaari turut bahagia kerana dapat berkongsi perkhabaran baik ini dengan semua orang pada hari yang istimewa ini.

Kongsinya, kandungan tersebut sudah pun mencecah usia 4 bulan dan pengacara itu memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Scha dan juga bayi mereka.

Bahkan Lara Alana sendiri tidak mampu menyorok kegembiraannya selain berjanji akan menyayangi dan menjaga adik kecilnya itu nanti. Comel!

scha al yahya hamil anak kedua

Lelaki itu juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa isterinya kini benci memegang telefon bimbit dan kadang-kadang benci juga dengan dirinya. Biasalah pembawakan budak kan?

Apa pun, semoga proses kehamilan Scha berjalan dengan baik dan tahniah sekali lagi buat pasangan ini!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama