Pasangan berkahwin mana yang tak gembira sekiranya menerima perkhabaran bakal menimang cahaya mata baru!
Selepas 6 tahun memiliki Lara Alana, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menambah ahli keluarga baru tak lama lagi.
Berita baik itu dikongsikan sendiri oleh Awal Ashaari di laman Instagram miliknya.
Bukan sahaja gembira menyambut ulang tahun kelahirannya, Awal Ashaari turut bahagia kerana dapat berkongsi perkhabaran baik ini dengan semua orang pada hari yang istimewa ini.
Kongsinya, kandungan tersebut sudah pun mencecah usia 4 bulan dan pengacara itu memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Scha dan juga bayi mereka.
Bahkan Lara Alana sendiri tidak mampu menyorok kegembiraannya selain berjanji akan menyayangi dan menjaga adik kecilnya itu nanti. Comel!
Lelaki itu juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa isterinya kini benci memegang telefon bimbit dan kadang-kadang benci juga dengan dirinya. Biasalah pembawakan budak kan?
Apa pun, semoga proses kehamilan Scha berjalan dengan baik dan tahniah sekali lagi buat pasangan ini!