(TAHNIAH) Uqasha Senrose Terima Lamaran Kamal Adli Di Pentas AME2020

Hiburan

(TAHNIAH) Uqasha Senrose Terima Lamaran Kamal Adli Di Pentas AME2020

Segala teka-teki mengenai kisah cinta mereka kini terjawab apabila Kamal kini tampil membuat kejutan melamar Uqasha di pentas Anugerah Meletop Era (AME) 2020 sebentar tadi.

Advertisement

Biarpun keserasian mereka di kaca televisyen sering menjadi bualan hangat netizen, namun mereka kini khabarnya bakal menamatkan zaman bujang kelak.

Seakan mengejutkan ramai pihak, Kamal yang menjadi artis untuk menyampaikan anugerah pada acara tersebut, secara tiba-tiba memaklumkan bahawa dirinya mempunyai pengumuman penting untuk disampaikan kepada umum.

Lebih mengejutkan, Kamal bertindak untuk melutut dan melamar Uqasha di hadapan khalayak ramai.

Bahkan, lamaran itu mendapat maklum balas positif apabila Uqasha dengan rela hati dilihat sudi menjadi isteri kepada pelakon itu selepas memberi jawapan ‘ya’ kepada Kamal.

Aksi Kamal itu ternyata mengejutkan penonton dan rata-rata bersorak dengan perkhabaran gembira itu.

Untuk rekod, AME 2020 berlangsung dengan meriah dengan persembahan-persembahan hebat daripada penyanyi tempatan seperti Ernie Zakri, Dolla, Aina Abdul dan ramai lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...