(TAHNIAH) Ummi Nazeera Selamat Timang Anak Kedua, Alami Demam Panas

Hiburan

(TAHNIAH) Ummi Nazeera Selamat Timang Anak Kedua, Alami Demam Panas

Pelakon jelita, Ummi Nazeera dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Jun lalu bertempat di sebuah pusat rawatan swasta di Selangor.

Dia mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Dalam entri terbarunya itu, Ummi memanjatkan kesyukuran kerana cahaya matanya itu dilahirkan sihat walafiat dengan berat 3.32 kilogram.

View this post on Instagram

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

“Alhamdullilah Ummi dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun yang lalu di @andorrahospitalofficial. Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.32kg dan Alhamdullilah baby sihat walafiat.”

Dia juga memaklumkan bahawa mengalami demam panas ketika detik saat melahirkan namun bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.

View this post on Instagram

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Terdahulu, Ummi dan suami Dr. Izzar telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...