Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Ummi Nazeera dan suami yang sudah selamat menimang cahaya mata pertama mereka.
Ummi pada 22 Ogos lalu telah melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama, Ayra Aneesha secara pembedahan pada jam 11.37 malam. Menariknya, rezeki beliau untuk bergelar ibu tiba sebulan lebih awal daripada jangkaan doktor.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anak dan saya dalam keadaan sihat dan sempurna. Saya bersalin awal sebulan daripada tarikh yang dijangka doktor.
Aktres itu berkahwin dengan Dr Izzar Anwari pada 23 Julai tahun lalu. Pastinya kehadiran cahaya mata ini akan melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga mereka. Semoga Ayra Aneesha membesar dengan sihat.

kodenshi
September 5, 2018 at 11:34 am
Tahniah to this sweet couple
candy b
September 5, 2018 at 11:35 am
tahniah ya
Anonymous
September 2, 2018 at 12:04 pm
Tahniah to this very sweet couple
Anonymous
September 1, 2018 at 11:03 pm
tahniah. nanti boleh la baby AA berkenalan dengan baby j
me
September 1, 2018 at 9:37 pm
tahniah
m coll
September 5, 2018 at 11:33 am
congrats!