Tahniah kami ucapkan kepada pelakon cantik manis, Ummi Nazeera yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi selepas mengesahkan beliau kini sedang hamil empat bulan.
Menurut Ummi, beliau tidak sedar dirinya berbadan dua dan hanya mengetahui tentang perkhabaran gembira itu selepas mendapatkan rawatan lanjut di klinik kerana mengalami kecederaan di kaki ketika menjalani penggambaran filem Gol dan Gincu.
Ketika penggambaran Gol & Gincu, saya mengalami kecederaan di kaki. Kemudian saya ke klinik rakan suami saya. Doktor yang merawat saya itu bertanya kepada saya mengandung atau tidak sebelum melakukan imbasan tersebut.
Kemudian saya menjalani ujian kehamilan terlebih dahulu tetapi hasil keputusan ketika itu masih samar. Selepas ujian yang kedua dibuat, barulah saya mendapat keputusan yang tepat. Alhamdulillah saya hamil. Saya dan suami bersyukur kerana dikurniakan rezeki zuriat.
Ummi mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017. Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Ummi dan suami. Semoga bayi didalam kandungan membesar dengan sihat.
Anonymous
April 25, 2018 at 6:45 pm
Syukur alhamdulillah..
Anonymous
April 25, 2018 at 4:48 pm
alhamdulillah… nk jd ibu dah
mokcik bawang
April 25, 2018 at 4:43 pm
Tak kisah tapi gigih membaca. shuuhhh pergi jauh sana
Anonymous
April 25, 2018 at 4:21 pm
Siapa kisah
mokcik bawang
April 25, 2018 at 4:43 pm
Tak kisah tapi gigih membaca. shuuhhh pergi jauh sana
Anonymous
April 25, 2018 at 4:51 pm
aku rase ko kisah… lagi kisah lahir nnti akan mkn tak supplement baby cap bangang tu kan..
minah cool
April 27, 2018 at 8:52 am
and kmi kisah ka hg mai komen? kurang bijak tu jgn tunjuk sgt kak
Anonymous
April 25, 2018 at 4:18 pm
tahniah