Alhamdulillah. Nampaknya keberkatan bulan Ramadhan kali ini telah membuka hati beberapa orang selebriti wanita untuk mengikuti syariat Islam. Umie Aida kini turut sama berhijrah dan menutup aurat dengan bertudung sejak awal bulan Ramadhan ini. Pada mulanya Umie Aida enggan menghebahkan perkara baik ini namun pelakon ini akhirnya sudi berkongsi sedikit ketika ditemui oleh wartawan di majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini.
Hati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:-
Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.
Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkahp hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%.
Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya.
Terharu Abang Nara membaca bait-bait kata Umie Aida. Sesungguhnya Umie Aida antara mereka yang beruntung diberikan kenikmatan dan kesempatan untuk menutup aurat. Tahniah Umie!!! Semoga makin ramai selebriti wanita kita akan mengikuti jejak langkah penghijrahan rakan-rakan mereka. Lagi beberapa gambar Umie Aida bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Teringin nak bergaya dengan fesyen dari Korea? Dapatkan koleksi pakaian terkini Korea menarik daripada SimpleGirlCloset pada harga yang murah, Ada cardigan, dress, tops lengan panjang dan macam-macam lagi. Boleh rambang mata nak memilih. Layari www.simplegirlcloset.com untuk lihat sendiri koleksi mereka.