September 24th, 2020

Pelakon kacak Jehan Miskin kini bagai mampu menghembus nafas syukur apabila beliau dan isterinya Julie Camelia Rhee yang telah mendirikan rumah tangga bersama sejak tujuh tahun lalu khabarnya bakal menimang cahaya mata sulu.

Tujuh Tahun Menanti, Jehan Miskin & Isteri Bakal Timang Anak Pertama

Perkhabaran berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Jehan kepada umum di laman Instagram miliknya apabila pasangannya kini disahkan hamil.

View this post on Instagram

1+1=3 🤯 #newadventures #rmcobaby #akandatang2021

A post shared by Jehan Miskin (@jehan_miskin) on

Menurut Jehan, mereka dijangka bakal menyambut kelahiran zuriat pertama itu pada tahun hadapan, malah tidak ketinggalan isterinya juga turut berkongsikan foto imbasan kandungan.

Tujuh Tahun Menanti, Jehan Miskin & Isteri Bakal Timang Anak Pertama

Seperti sudah dijangka, isterinya tampil berkongsikan rasa teruja semasa melalui fasa kehamilan dan akui tidak sabar menantikan kelahiran anak pertama mereka.

Dedahnya lagi, beliau dan suami tidak sangka mereka bakal menjadi ibu dan ayah.

Tujuh Tahun Menanti, Jehan Miskin & Isteri Bakal Timang Anak Pertama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat tidak melepaskan peluang menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan itu, malah tidak lupa menitip doa agar urusan kehamilan dipermudahkan dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Sekadar informasi, Jehan sebelum ini telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Julie Camelia Rhee, yang juga merupakan wanita kelahiran Korea Selatan pada Mei 2013.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...