Tahniah! Tomok Selamat Timang Anak Ketiga

Hiburan

Tahniah! Tomok Selamat Timang Anak Ketiga

Penyanyi Tomok luah rasa gembira di laman Instagramnya apabila beliau kini telah selamat menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya iaitu Rahayu Abbas selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

tomok

Advertisement

Tomok bagaikan teruja tentang perkhabaran itu memuat naik sekeping foto anaknya dengan ucapan ringkas tanda syukur di atas kurniaan itu.

“Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.”

Bagaimanapun, sehingga kini Tomok masih merahsiakan nama anaknya perempuannya itu. Malah di ruangan kapsyen juga Tomok dilihat sempat berterima kasih kepada semua yang mendoakan tidak pernah jemu mendoakan isteri dan anaknya itu.

Tambahnya lagi, beliau amat berterima kasih kepada pengikutnya yang tidak putus menitip ucapan manis buat drinya dan keluarga.

Perkongsian yang mendapat ribuan tanda suka itu turut dibanjiri kata-kat murni daripada pengikut.

Selain mendoakan kesejahteraan buat keluarga ini, ramai dalam kalangan netizen turut meninggalkan komen positif dan teruja dengan kecomelan wajah cahaya mata perempuan Tomok ini.

Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki atu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...