Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam dilaporkan telah menyambut kelahiran anakanda yang ke-4 pada hari Rabu yang lalu.
Berita gembira tersebut diumumkan Che’ Puan Khaleeda menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat serta pengikut media sosialnya.
Dalam pada itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkenan menamakan puteri kedua TMJ dan isteri itu sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
View this post on Instagram
“Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail..” maklum Yang DiPertua Jemaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli, dalam surat hebahan berkenaan.
View this post on Instagram
Terdahulu, Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan hasil perkongsian hidup pasangan diraja ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.