(TAHNIAH) Terima Wang Hantaran RM15,000, Najla Shamsul Sah Bergelar Isteri Ikmal Amry

Hiburan

(TAHNIAH) Terima Wang Hantaran RM15,000, Najla Shamsul Sah Bergelar Isteri Ikmal Amry

Pelakon Ikmal Amry kini telah selamat bergelar suami kepada Najla Shamsul dalam majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, Ikmal menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran.

Manakala isterinya pula membalas dengan sembilang dulang hantaran.

Kata pengurusnya iaitu Ben Ali, Ikmal khabarnya menitiskan air mata selepas sah bergelar suami.

“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar. Majlis pagi ini hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat. Sebelum majlis bermula Ikmal ada cakap dia gementar. Selepas sah dinikahkan, saya tengok dia menangis. Ikmal jenis yang sangat relak dan tidak kelam kabut. Lima bulan sebelum nikah dia sudah siapkan semuanya dari segi keperluan dan apa yang perlu dibeli.”

Majlis akad nikah itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar yang turut dihadiri kedua belah keluarga dan rakan rapat. Malah, majlis persandingan pasangan itu akan diadakan di sebelah pihak lelaki di Melaka, sekitar malam ini.

Sumber: Harian Metro 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...