(TAHNIAH) Terima Anugerah DPSM, Dira Abu Zahar Kini Bergelar Datuk

Hiburan

(TAHNIAH) Terima Anugerah DPSM, Dira Abu Zahar Kini Bergelar Datuk

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, pelakon Dira Abu Zahar merupakan antara individu yang dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Advertisement

Perkara itu dikongsikan menerusi beberapa akaun Instagram kenalan rapat Dira.

Susulan perkhabaran itu, mereka khabarnya senang hati mendengar berita gembira itu, lantas tidak ketinggalan menzahirkan ucapan tahniah buatnya atas pengurniaan darjat itu.

“Tahniah Datuk @diraabuzahar moga terus berbakti pada rakyat NegeriMelaka,”

“Pagi ni ditugaskan untuk menatarias kesayangan saya Khaidira Datuk Seri Abu Zahar sempena istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2020. Tahniah @diraabuzahar di atas gelaran Datuk (D.P.S.M). Kami semua turut berbangga diatas pencapaian Datuk Dira terhadap perhidmatan dan jasa kepada negeri Melaka. Oleh yang demikian, glam squad harini diterbangkan khas dari KL ke negeri Melaka.”

Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Dira atas pencapaian dan perkhidmatan serta jasa kepada negeri berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...