Bila jodoh sudah bertemu pastinya dua hati akan bersatu jua, itulah ungkapan yang sesuai untuk pelakon Tasha Shilla yang telah melangsungkan pertunangan bersama pilihan hati, Muhammad Atiq Idris di Aireka Space, Empire Damansara petang tadi selepas berkenalan selama dua bulan.
Begitu bahagia penuh rasa cinta di hati, Tasha berkata dia gembira akhirnya bertemu cinta sejati.
Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah. Tanpa diduga berputik rasa sayang dan cinta.
Tak sangka segala perancangan dipermudahkan. Saya tidak menjangkakan majlis pertunangan akan berlangsung semeriah ini. Saya percaya inilah jodoh yang diaturkan Yang Maha Esa. Saya percaya inilah cinta sejati yang dicari-cari selama ini.
Menurut Atiq pula, dia terpikat dengan keperibadian Tasha yang baik lemah lembut dan penyayang hingga membuatkan dia tidak tunggu lama untuk menyunting pelakon itu menjadi suri hatinya.
Meskipun luaran Tasha nampak garang, dia sebenarnya baik, lembut, menyayangi keluarga, suka kanak kanak dan menjaga solat.
Saya tidak akan menghalang Tasha meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Cuma, saya berharap dia akan menjaga adab dan solat.
Pada majlis itu, pihak lelaki menghadiahkan sebentuk cincin, tepak sirih, dan beberapa hadiah lain kepada pihak perempuan. Sebelum ini, Atiq menghantar rombongan merisik pada 1 Februari lalu.

korok
February 24, 2020 at 2:39 pm
baik nikah trus…dh alang2..kos bertunang je dh puluh ribu ni
Anonymous
February 24, 2020 at 1:42 pm
Semoga jodoh berkekalan hinggah ke syurga. semoga bakal suami dapat bimbing tasya ni ke arah lebih baik.
Tisya
February 24, 2020 at 10:40 am
Aku suka Tasya ni even dia banyak isu dulu. Aku happy tengok dia happy, aku hope laki ni dapat bahagiakan dia setelah apa yg dia lalui dulu. Moga bakal husband dia ni dapat bawa dia lebih dekat dgn Allah. Dan aku hope kerjaya Tasya ni naik semula sbb dia berbakat. Love you Tasya