(TAHNIAH) Syura Badron Kembali Bergelar Isteri Setelah 9 Tahun Jadi Ibu Tunggal

Hiburan

(TAHNIAH) Syura Badron Kembali Bergelar Isteri Setelah 9 Tahun Jadi Ibu Tunggal

Penyanyi Syura Badron khabarnya kembali bergelar isteri setelah sembilan tahun menjadi ibu tunggal setelah selamat melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihanya, semalam.

Perkara itu dikongsikan isteri kepada penyanyi Lan Solo, Shila Razlan di mana dia mengesahkan berita gembira tersebut di media sosial Instagram untuk tatapan peminat dan juga netizen.

Advertisement

Tidak mendedahkan siapa suami penyanyi jelita itu, Shila sempat mengucapkan tahniah dan berharap agar perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga.

Syura sah bergelar isteri sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi (semalam). Selepas hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak, akhirnya dia menempa kebahagiaan.

Shila juga sempat berseloroh bahawa Syura bukanlah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Lan Solo namun tetapi jejaka pilihan penyanyi itu sendiri.

Ini berikutan Lan ada memuat naik foto bersama Syura di sebuah masjid dan menzahirkan perasaan syukur sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Maklum Shila lagi, Syura dan suami telah lama menjalinkan persahabatan sebelum mereka berdua mengambil keputusan untuk bernikah.

Terdahulu, Syura dan bekas suami, Mohd Fadhly telah berpisah pada Ogos 2015 setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Nurul Danuia Irdani,13, Nurul Qaisara Sofia,11, dan Muhammad Irfan Aryan yang kini berusia 9 tahun.

Siti Nordiana Syura Badron
2 years ago

Nafi Cari Publisiti Murahan, Syura Badron Tak Cemburu Kejayaan Siti Nordiana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...