Walaupun rezeki beliau untuk terus mencipta kejayaan yang lebih lagi bersama Alyph menerusi kumpulan Sleeq sudah terhenti, nyata Syarif dikurniakan dengan satu anugerah yang cukup bermakna dalam hidupnya apabila isteri beliau Malaque Mahdaly yang sudah mengandung 7 bulan disahkan sedang hamil anak perempuan.
Alhamdulilah, isteri saya kini hamil tujuh bulan dan hasil pemeriksaan imbasan bayi, kami dijangka menimang cahaya mata perempuan. Setakat ini, kami masih melakukan persiapan sedikit demi sedikit memandangkan kami bakal menyambut kelahiran sulung kami dalam masa dua bulan sahaja lagi.
Sudah lumrah untuk wanita yang sedang berbadan dua, tentu sekali mereka akan mengindam benda-benda yang agak pelik. Bercerita mengenai pengalaman itu, Syarif memberitahu Malaque pernah mengidam untuk memakan telur ikan pada jam 3.00 pagi.
Dia pernah mengidam untuk makan telur ikan pada jam 3.00 pagi. Di mana pula saya mahu mencari telur ikan pada jam 3.00 pagi? Sebenarnya, sikap dia telah banyak melatih diri saya untuk bersabar. Apa yang saya fikir adalah Malaque kini sedang hamil anak sulung kami dan saya perlu lebih memahami dirinya.
Itulah kata orang, kalau kita bersedih dengan rezeki yang sudah terhenti pasti Allah SWT akan menggantikan ia dengan perkara yang lebih baik lagi. Tahniah kami ucapkan kepada Syarif dan Malaque semoga segala proses untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka dipermudahkan.