(TAHNIAH) Syanie Hisham Kini Bergelar Isteri Buat Kali Ketiga

Hiburan

(TAHNIAH) Syanie Hisham Kini Bergelar Isteri Buat Kali Ketiga

Pelakon dan juga pelawak terkenal, Syanie kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya iaitu Zahril Hafiz Mohammed Nor dalam sebuah majlis pernikahan ringkas yang diadakan pada pagi tadi.

Advertisement

Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham dilihat telah memuat naik foto bersama suaminya dipercayai setelah selesai upacara ijab kabul sebagai pasangan suami isteri di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Turut menulis kapsyen ringkas, Syanie menzahirkan perasaan syukur kerana telah selamat bergelar isteri dan turut mengucapkan terima kasih di atas semua doa yang dititipkan peminat.

Instagram SyanieSumber : Instagram Syanie  

Namun begitu, Syanie,47, tidak mendedahkan secara lanjut mengenai majlis pernikahannya dengan Zahril.

Terdahulu, pelakon filem Senario The Movie ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali sebelum bernikah bersama Zahril. Perkahwinan pertama Syanie adalah bersama Mohd Attrimidi Abdul pada tahun 1996 sebelum berpisah pada tahun 2002. Manakala untuk pernikahan kali kedua, Syanie pernah berkahwin dengan Nadi Putera Mohammad Zainol pada tahun 2014 sebelum bercerai pada tahun 2016 yang lalu.

SyanieSumber : Utusan.com 

Tahniah diucapkan buat Syanie dan suami, semoga berkekalan sehingga ke syurga!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Syanie

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...