Dua tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Syamsul Yusof bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas mengesahkan isterinya, Puteri Sarah Liyana kini sedang hamil 3 bulan.
Menurut Syamsul, beliau sebenarnya tidak mahu mengumumkan perkara tersebut kerana usia kandungan masih di peringkat awal tetapi beliau tidak sampai hati untuk merahsiakan perkara itu daripada ibu bapanya.
Sebenarnya saya tak mahu beritahu orang lain sebab bimbangkan kandungan Sarah masih di peringkat awal . Malahan, saya hanya memberitahu ayah dan ibu saya pada raya haji yang lalu. Tak sampai hati nak berahsia lebih lama bila melihat ayah saya bermain-main dengan cucu dia yang lain.
Pernah mengalami keguguran sebelum ini, Syamsul kali ini melarang Puteri Sarah untuk berlakon dan mengurangkan kerjaannya di butik demi menjaga kandungan.
Malah, Syamsul juga memastikan Puteri Sarah memakan makanan yang berkhasiat dan sesuai untuk wanita hamil.
Kali ini saya meminta Sarah mengurangkan kerja-kerjanya di butik agar dapat berehat dan menjaga kandungan sepenuhnya. Kami mengambil tambahan pekerja agar Sarah tidak perlu ke butik di Bangsar setiap hari. Saya juga tak izinkan dia berlakon ketika hamil ini.
Saya sendiri membantu menjaga kandungan Sarah dengan menyediakan pemakanan yang sihat sesuai dengan wanita hamil. Kena banyak-banyak bersabar jugalah!
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Semoga segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar. Tak sabar kami ingin melihat cahaya mata pertama mereka berdua.