(TAHNIAH) Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Timang Cahaya Mata Lelaki

Hiburan

(TAHNIAH) Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Timang Cahaya Mata Lelaki

Tahniah kami ucapkan kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof serta isterinya Puteri Sarah Liyana atas kelahiran cahaya mata lelaki sulung mereka.  Tidak pasti bila Puteri Sarah bersalin, namun berita gembira itu dikongsi oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Advertisement

Syamsul memuat naik foto anaknya yang diberikan nama Syaikhul Islam dengan kapsyen meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang sudah bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka.

Ruangan komen di Instagram Syamsul dipenuhi dengan ucapan tahniah dan ada yang mendoakan kesejahteraan Syamsul sekeluarga.  Sudah lama juga Syamsul dan Puteri Sarah menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka ini, semoga keluarga kecil mereka ini akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan. InshaAllah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...