(TAHNIAH) Syafie Naswip Dah Nikah, Ada Sebab Rahsiakan Siapa Cinta Hati

Hiburan

(TAHNIAH) Syafie Naswip Dah Nikah, Ada Sebab Rahsiakan Siapa Cinta Hati

Pelakon Syafie Naswip hari ini menamatkan zaman bujang setelah dia selamat bergelar suami kepada wanita pilihan, Nur Atiqah Ishak hanya dengan sekali lafaz.

Syafie dan Atiqah yang juga seorang model telah disatukan tepat jam 11 pagi tafi bertempat di Wilqadry Grandeur Hall, Putrajaya dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Advertisement

Pasangan itu juga dilihat manis dan sepadan apabila menggayakan busana berwarna putih polos pada majlis keraian berkenaan.

Syafie menerusi siaran langsung itu dilihat tidak dapat menahan sebak ketika melafazkan bacaan taklik terhadap isterinya.

Menurut adik kepada Syafie yang dikenali sebagai Pawi, kedua-duanya mula berkenalan ketika PKP sewaktu bersama-sama terlibat dalam penggambaran drama TV2 berjudul Cempaka Melati.

Dalam pada itu, Syafie sempat memohon maaf kepada semua pengikutnya kerana ‘merahsiakan’ pernikahan itu namun ada memberi ‘hint’ sejam sebelum akad nikah.

Malam jumaat lalu, Syafie juga ada memohon ampun dan maaf kepada pengikut media sosialnya dan memaklumkan akan memberi pengumuman mengenai ‘sesuatu’ di Live Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah
1 year ago

"Takkanlah Saya Nak Letak Kepala Di Bahu Bukan Mahram" - Puteri Sarah Buka Mulut Isu Kontroversi Menangis Bersama Andi Arsyil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...