Tahniah kami ucapkan kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka.
Puteri Sarah melahirkan seorang bayi perempuan seberat tiga kilogram pada jam 3.30 petang Sabtu lalu. Pasangan ini sepakat untuk memberikan nama Sumayyah untuk anak kedua mereka itu.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik dua keping foto bersama puterinya itu.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada mereka selain mendoakan kebahagiaan Syamsul sekeluarga. Semoga Sumayyah menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati buat kedua ibu bapanya.

Anonymous
March 18, 2019 at 11:29 pm
Aku pun teringin nk beranak lg nk.ank pm nma,summayah
Anonymous
March 18, 2019 at 12:55 pm
Tahniah syamsul..tapi mana hilangnya syafiq..x muncul2 ni..lama sgt bertapa, org dh x sbr nk dgr statement die
Anonymous
March 18, 2019 at 5:33 pm
Cari kabel…sekarang mat deham baru je jadi CEO finas.. tunggu jela dia bekap…
anonymous
March 18, 2019 at 11:25 am
Suka nama simple baby tu, Sumayyah Syamsul. Tak payah nak beria sgt letak nama glamour. Macam Yusof Iskandar.
Anonymous
March 18, 2019 at 1:20 pm
Ada orang bagi anak nama glamour tapi indah nama dari rupa. Anak tak comel langsung, muka village, tak sepadan dgn nama yg diletak. Baikla bagi nama Yusof Iskandar, Sumayyah, Siti Afiyah.
Anonymous
March 18, 2019 at 1:41 pm
lebih afdal jika letak nama jika pompuan, letak nama:
Melor, Kuntum, Cempaka nama kono2 sikit..
kalau lelaki Jebat, Otoh, Senin..tpi muka wow..wow
faraj
March 18, 2019 at 10:53 am
Sepuluh tahun lepas , suka lah kat keluarga pak ucop ni…lepas tahu copy Filem org dh malas…….nk minat….kikiki
Anonymous
March 18, 2019 at 10:59 am
poyo
Anonymous
March 18, 2019 at 11:52 am
Dey ..jgn kerana nila setitik rosak semua susu… Baby tu baru lahir kat dunia kau terus kecam…dah tua pn bodo kau ni…
faraj
March 18, 2019 at 1:00 pm
Anon ..March 18, 2019 at 11:52 a.m….saya tak minat Family tu bukan nya Kecam Bayi tu…..awak ni sama lah dgn Dato Sri Najib….!!!kikiki
minah jambu say
March 18, 2019 at 10:11 am
alhamdulillah syukur semua nye selamat ..helo baby comel u so cute…semoga bahgia..