Tahniah kami ucapkan kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka.
Puteri Sarah melahirkan seorang bayi perempuan seberat tiga kilogram pada jam 3.30 petang Sabtu lalu. Pasangan ini sepakat untuk memberikan nama Sumayyah untuk anak kedua mereka itu.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik dua keping foto bersama puterinya itu.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada mereka selain mendoakan kebahagiaan Syamsul sekeluarga. Semoga Sumayyah menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati buat kedua ibu bapanya.