Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon popular dari Korea Selatan iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Kyo yang telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka hari ini. Pasangan kekasih drama Descendants Of The Sun selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The Shilla di Seoul.
Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terapat dan sahabat baik mereka sahaja. Antara rakan-rakan artis yang telah hadir ialah Lee Kwang Soo, Zo In Sung, Cha Tae Hyun, Park Bo Gum dan rakan-rakan Song Hye Kyo yang turut serta ialah aktres Kim Hee Seon, Song Yoon Ah dan aktor Yoo Ah In. Selain itu pelakon dari China iaitu Zhang Ziyi juga turut hadir. Turut tidak ketinggalan ialah ahli program realiti Running Man.
Tahniah diucapkan kepada Song Joong Ki dan Song Hye Kyo atas perkahwinan ini. Semoga ia kekal buat selama-lamanya.
Tahniah sekali lagi.