Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Siti Saleha Bakal Berkahwin 29 Julai Ini

Telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lutfi pada November tahun lalu, Siti Saleha kini mengumumkan yang dia bakal bernikah pada 29 Julai ini. Tahniah diucapkan kepada Siti Saleha dan Lutfi atas berita gembira ini. Sudah pasti ramai yang akan mendoakan kebahagiaan dan kelancaran persiapan perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini.

gambar kahwin siti saleha

Advertisement

Namun begitu, Siti Saleha tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya mahukan satu majlis yang ekslusif dengan kehadiran kenalan rapat serta ahli keluarga sahaja. Kata Siti Saleha:-

Saya tidak mahu majlis yang terlalu gah seperti perkahwinan selebriti lain. Abang saya, Sam Bunkface mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Saya pula berpendapat sebaliknya. Saya mahu tetamu hadir duduk dan menikmati makanan, sambil mendoakan kebahagiaan kami.

gambar kahwin siti saleha

Tak kiralah sama ada besar-besaran atau kecil-kecilan, yang penting majlis itu berlangsung dengan lancar dan berdasarkan perancangan. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Siti Saleha atas berita gembira ini. Tak sabar nak melihat Siti Saleha dan Lutfi di hari bahagia mereka kelak. Sumber BiPop.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama