(TAHNIAH)Siti Nurhaliza Terima 2 Anugerah

Hiburan

(TAHNIAH)Siti Nurhaliza Terima 2 Anugerah

Tahun 2014 nampaknya bakal melabuhkan tirai dengan penamat yang baik buat Datuk Siti Nurhaliza. Beliau baru-baru ini telah menerima 2 anugerah yang mengiktiraf pencapaiannya dalam bidang seni dan juga perniagaan. Kedua-dua anugerah ini diterima selang sehari. Anugerah tersebut ialah  Inaugural Malaysia Women Of Excellence Awards dan Jewel Of Muslim World Awards.

siti nurhaliza

Advertisement

Seperti yang kita semua sedia maklum, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai produk kecantikannya sendiri iaitu SimplySiti. Kejayaan beliau ini wajar menjadi contoh kepada para usahawan di luar sana. Bukan senang untuk membangunkan sebuah produk. Sudah pasti banyak halangan yang perlu ditempuhi sebelum mencapai tahap ini. Kata Siti Nurhaliza:-

Alhamdulillah ini satu penghargaan yang bermakna. Usaha dan kesungguhan Siti serta pasukan daripada Siti Nurhaliza Production bagi skop kerjaya serta Simplysiti (perniagaan) banyak membantu kejayaan ini.

Tak dilupakan tulang belakang Siti iaitu peminat dan rakan media yang tak putus memberi sokongan jitu. Setiap usaha tanpa izin Tuhan pun tak akan menjadi juga. Siti percaya dengan berdoa dan sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya menjadi kunci utama kejayaan ini,

siti nurhaliza

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza atas penerimaan 2 anugerah ini. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk beliau terus maju jaya di masa hadapan. Tahniah!!! Sumber Berita Harian.

siti nurhaliza

P.S: Selain daripada koleksi terbaru Wendy ini, Mis Claire juga mempunyai pelbagai lagi pilihan pakaian yang amat menarik buat wanita muslimah bersaiz 2XL sehingga 8XL pada harga yang berpatutan. Boleh lihat dan buat pembelian koleksi-koleksi ini di www.misclaire.com atau di Facebook MissClaire. Untuk lihat rekaan terbaru, jangan lupa ikuti Instagram MissClaire. Anda pasti puas hati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...