(TAHNIAH) Siti Nurhaliza Sahkan Dirinya Hamil Anak Kedua

Hiburan

(TAHNIAH) Siti Nurhaliza Sahkan Dirinya Hamil Anak Kedua

Segala teka teki kini berakhir apabila penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan bahawa dirinya kini telah hamil anak kedua.

Advertisement

Katanya, kandungannya kini telah memasuki usia 4 bulan.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Siti menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.“

Menurut Siti, dirinya langsung tiada niat untuk merahsiakan berita gembira itu, namun hanya mahu memilih waktu yang sesuai untuk memaklumkan kepada umum akan kesahihan berita kehamilannya.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.“

Selain menitip kata syukur, Siti juga dilihat tampil menzahirkan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraannya selama ini.

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih. Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!”

Tahniah diucapkan kepada Siti, semoga segala urusan Siti sentiasa dipermudahkan olehnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...