(TAHNIAH)Shila Amzah Mara Ke Final “I Am Singer”

Hiburan

(TAHNIAH)Shila Amzah Mara Ke Final “I Am Singer”

Alunan suara yang lantang dan merdu dari Shila Amzah sememangnya akan memberikan satu perasaan yang mampu membuat kita ikut turut serta bernyanyi bersama disamping menimbulkan satu perasaan yang membanggakan pada setiap persembahan beliau. Pada Februari lepas, Shila Amzah telah menyertai satu pertandingan di China iaitu ‘I Am Singer’ musim kedua yang kini telah pun berlangsung sebanyak 12 episod. ‘I Am Singer’ merupakan satu pertandingan yang disertai oleh bintang-bintang yang sudah mempunyai nama besar, dan pilihan pemenang akan ditentukan melalui undian para penonton. Kehebatan suara Shila sememangnya telah memukau pendengaran kita pada setiap persembahan beliau.
shila amzah
Kepada yang belum tahu, Shila Amzah mula menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh dimana Shila telah mendendangkan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ yang bermaksud ‘Dikala Malam, Ku Merinduimu’ di mana lagu tersebut telah melonjakkan nama Shila di persada antarabangsa. Begitu hebat impak nyanyian Shila kerana mendapat tempat kedua sejurus Shila menyertai ‘I Am Singer’. Daripada riak wajah penonton juga, jelas terpancar keterujaan mereka terhadap kelunakan suara Shila Amzah.
shila amzahTernyata Shila tidak menghampakan peminatnya kerana beliau berjaya mara ke minggu akhir. Kepada peminat Shila atau lebih dikenali sebagai ‘Shilalas’, mari kita sama-sama tunggu apa kejutan yang bakal Shila lakukan pada minggu akhir pada Jumaat ini. Shila akan berentap bersama dengan 7 lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia), Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China). Kata Shila:-

Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final nanti. Kami di sini diberi arahan untuk bersedia dengan 2 buah lagu di mana pusingan pertama saya akan berduet bersama salah seorang penyanyi luar, dan jika rezeki berpihak kepada saya dan berjaya mendapat tempat 5 tertinggi, saya akan mara ke pusingan kedua di mana saya akan menyanyi solo dan dari situ, hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya untuk malam final nanti, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi.

Advertisement

shila amzah

Semoga berjaya diucapkan buat Shila Amzah. Mana tahu ada rezeki penyanyi Malaysia untuk menjuarai pertandingan “I Am Singer” ini. Apa pun tahniah diucapkan kepada Shila kerana telah mengharumkan nama Malaysia dengan pencapaian ini. Marilah kita sama-sama mengundi untuk meningkatkan peluang kemenangan Shila. Undian boleh dilakukan di laman web ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...