August 7th, 2012

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila Amzah yang telah mengesahkan dirinya kini bertudung sepenuhnya. Nampaknya tahun 2012 ini sungguh ramai artis yang berhijrah. Ini satu petanda yang sangat baik buat kita semua. Semoga penghijrahan Shila Amzah ini akan berkekalan sehingga bila-bila.

shila amzah kini bertudung

Berkata kepada wartawan Mstar, Shila Amzah mengakui yang dia hanya mencuba untuk bertudung bermula 1 Ramadhan lalu sebagai langkah menghormati bulan puasa. Selepas 15 hari, Shila Amzah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk dia bertudung sehingga ke akhir hayat. Kata Shila:-

Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung. Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah.

shila

Serius Abang Nara agak terharu membaca kisah Shila Amzah ini. Simple tetapi penuh dengan makna di sebalik ceritanya. Kepada peminat Shila, jangan risau kerana Shila memberitahu yang dia akan tetap menyanyi. Namun nyanyiannya itu akan disesuaikan dengan imej terbarunya.

Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan. Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna.

Tahniah sekali lagi kepada Shila Amzah atas penghijrahan ini. Sama-sama kita doakan agar Shila kekal sebegini sehingga ke akhir hayatnya. Tahniah Shila.


96 responses to “(TAHNIAH)Shila Amzah Kini Sudah Sedia Untuk Bertudung Sepenuhnya”

  1. Lagubestbest says:

    Tutup jela aurat tu, pusing-pusing jejauh pun last sekali kita mati gak kne hadap gak masyar dan syurga/neraka Allah.

  2. lady says:

    let her slowly change to the better…jgn nak perli2 kutuk2 lebih2 sgt kita sendiri bukan perfect sgt pun.

  3. nehi says:

    aritu wktu bbuka tjumpa raja farah bsama suaminya…sgt2 cantik orgnye…suaminye siap berkopiah…sejuk mata memandang melihat dorg bdua…aku pasan raja farah sejak bertutup litup cam tkde sape yg pasan…media pun jarang melibatkan dia…

  4. Anonymous says:

    satu langkah untuk memulakan satu perjalanan yang sukar tu, susah nak dibuat..contoh nak berhijrah dari biasa tak tutup aurat kepada menutup aurat. tapi, bila dah melangkah,..insyaAllah,..jika diniatkan kerana Allah, akan lancar perjalanan dan penghijrahan tu..pada peminat2,..jgnlah terlalu drastik meminta untuk penghijrahan yang total..biarlah perlahan-lahan tetapi semakin hari semakin baik…bila drastik ni, seperti meminta orang yang baru masuk Islam untuk mengimamkan solat laa..mau jadiknye????

    point saya,.bagila sokongan dan bukannya kritikan atau pandangan yang tidak membina….Alhamdulillah, shila sudah berubah..menutup aurat yang wajib iaitu rambut..dan selepas ni,,beransur2 la belajar menutup aurat-aurat lain pula…semoga dipermudahkan urusan dan penghijrahan anda..

  5. insan biasa says:

    bgus pendekatan yg diambil oleh shila hamzah tu.. tp jgn hanya kepala jer ditutup.. banyak perkara lain yg harus diambil kira.. tidak guna jika menutup aurat sekiranya masih memakai pakain yg ketat & hijab tidak menutup paras dada. menipiskn kening & memakai bulu mata palsu juga adalah haram sama sekali iaiya sama dengan zaman jahiliyah, Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam. komentar ini tidah hanya pd shila juga kepada sume artis & bkn aris yg berhijab.
    Wallahualam
    **sy suka dengan penampilan diana amir** bersederhana

Loading...