Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Shila Amzah Kini Sudah Sedia Untuk Bertudung Sepenuhnya

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila Amzah yang telah mengesahkan dirinya kini bertudung sepenuhnya. Nampaknya tahun 2012 ini sungguh ramai artis yang berhijrah. Ini satu petanda yang sangat baik buat kita semua. Semoga penghijrahan Shila Amzah ini akan berkekalan sehingga bila-bila.

shila amzah kini bertudung

Advertisement

Berkata kepada wartawan Mstar, Shila Amzah mengakui yang dia hanya mencuba untuk bertudung bermula 1 Ramadhan lalu sebagai langkah menghormati bulan puasa. Selepas 15 hari, Shila Amzah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk dia bertudung sehingga ke akhir hayat. Kata Shila:-

Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung. Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah.

shila

Serius Abang Nara agak terharu membaca kisah Shila Amzah ini. Simple tetapi penuh dengan makna di sebalik ceritanya. Kepada peminat Shila, jangan risau kerana Shila memberitahu yang dia akan tetap menyanyi. Namun nyanyiannya itu akan disesuaikan dengan imej terbarunya.

Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan. Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna.

Tahniah sekali lagi kepada Shila Amzah atas penghijrahan ini. Sama-sama kita doakan agar Shila kekal sebegini sehingga ke akhir hayatnya. Tahniah Shila.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

96 Comments

  1. qwertyuiop

    August 7, 2012 at 1:55 pm

    Alhamdulillah,cepat tersedar,lagipun dia muda lagi,contoh yang baik,yang sedihnya,artis lain tua tua masih lagi berbalut balut baju,tudung apa lagi..

    lisa surihani,,come on….

  2. syabas

    August 7, 2012 at 12:50 pm

    shila, benar dapat hidayah. mahu menunaikan kewajipan dalam usia muda. tingkatkan ilmu ya shila sejajar dengan peningkatan amal. semuga segala usaha untuk memperbaiki diri di berkati dan diberi kemudahan dan kekuatan.
    dampingi mereka yang berilmu dan beramal soleh. juga pasti shila juga akan diuji. sabar dan istiqomah dalam ujian ya :)

  3. Lula

    August 7, 2012 at 12:02 pm

    alhamdulillah dah berubah ke arah kebaikan
    tapi lepas ni jangan pulak ko p berkepit dengan pakwe ko tu ye
    dah pakai tudung, adab & tatasusila harus di jaga

  4. Abg Joned KE ELL

    August 7, 2012 at 12:01 pm

    SALAMIAH HASSAN! – Harus Bertudung..Geng2 Mariani la die ni….
    Pelakon n Penyanyi lama2 mcm susah sikit nak bertudungkan..napa ya…dieorg hanya berselendang jer..

    • Anonymous

      August 8, 2012 at 2:40 pm

      Berselendang pun dah kira ok jugak…takde dalam kitap atau al-quran yang suruh pakai kain tudung ke apa ke ada cara2nya..orang bosnia pun banyak berselendang jugak dan ada tak menutup kepala mereka pun banyak jugak samaada wanita2 islam muda atau yang tua2 termasuk artis2 islam mereka pun banyak jugak..takde pun kecoh dan dihentam oleh wanita2 dan orang2 lelaki disana..orang2 arab dan dinegara2 lain2 jugak..berselendang pun dah kira satu penutupan aurat jugak..sini je yang memandai2 suka diadakan peraturan sebegitu rupa..itu hak individu sebenarnya..asalkan dah menutup kepala pun dah kira ok jugak apa.. sekurang2nya dia dah menutup pandangan nafsu orang lelaki jugak dan mengikut perintah tuhan..wanita2 yang bertudung litup pun orang lelaki tengok pun bernafsu jugak..orang2 lelaki ni dah memang tertulisnya begitu..tak kira bertudung ke tak..wanita2 sini pakai tudung pun ada yang macam nak jerut leher pun ada..luar negara pun ada sebegitu tapi tak banyak dan tak seteruk wanita2 malaysia ni..semakin banyak dan terikut2..sampai orang lain tengok orang lain yang terasa sakit tekak mereka..semacam nak telan makanan pun dah jadi susah dan terseksa..dahlah tak dapat udara masuk langsung..peluh apa lagi melekat dekat kain2 tudung mesti masam semerbakkan…ada yang tudung2 berlapis2…dah semacam kuih lapis dan tilam yang ditutup dengan cadar berlapis2 jugak..tak rimas agaknya mereka2 ni..orang lain buat semua nak buat..pelik sungguh wanita2 malaysia ni….hiasan ditudung pun serabut semacam…seperti ada tanglung yang terjuntai sana terjuntai sini..bunga2 pun dah macam orang nak pergi promote bunga..sanggul toncet bertudung pun dah macam gunung2 yang ada bersamaan dengan bonggol2 unta…..ada yang dari pandangan tepi sanggul bertudung dah melonjong memanjang sangat.. pelik dah macam orang planet pun ada…ada sanggul diatas kepala pun semacam kek2 yang ada..kek2 nak roboh pun ada..warna2 tudung pun berlebihan dan terang menerang sakitkan mata orang2 yang memandang dan banyak yang tak berkenan..pngantin2 bertudung pun dah terseksa yang semacam kena jerut semua ada…hari berbahagia pun dah jadi hari menyeksakan..pada mak andam2 tolonglah jangan buat pengantin2 terseksa sebegitu rupa..janganlah terikut2..dahlah terseksa dijerut dileher tu ditambah dengan perhiasan dan lampu lip-lap yang pelbagai..yang menyemakkan lagi..semak,serabut dan buat tergelak dek orang pun ada..kesian… kesian…kesian…dengan wanita2 yang jadi begini dan mangsa fesyen sakan ni..dahlah perasan cantik pantang kena puji..mulalah dia nak berlebih-lebihan tu yang ada dah nak bertudung kononnya nak berhijrah dan berubah..tapi sebenarnya disebabkan dah kena puji tu yang jadi perasantan terlebih…tapi dalam hati masih memberontak rambut nak tunjuk berfesyen jugak..tapi nak buat macammanakan terpaksa pendamkan saja..kesias jugak dengan wanita2 ni semua..mekap pun dah satu pembongan menutup wajah yang sedia ada tu…ada yang mekap pun dah macam oprah cina sama juga dah macam badut..kesian pada lelaki2 semua…tertipu dan ditipu…hilang keaslian dan tak asli langsung…memang mekap tak salah tapi janganlah berlebih2han wahai wanita2 semua..anak2 kecil pun ditudungkannya dah serupa macam orang tua..tak sesuai dengan usia mereka yang dah kelihatan tua.. dahlah tak merasa hari kanak2 mereka lepas tu dipaksa sebegitu rupa.. tak sesuai langsung..berpada2lah jugak..pada yang terasa maaf dipinta ya..komen yang ikhlas ni sekadar pesan memesan saja supaya wanita2 bertudung ni tak jadi mangsa fesyen jugak..terima dengan hati terbuka ya..ok salam ramadhan..

    • hoi!!!

      August 9, 2012 at 1:40 pm

      bapak panjang..ko wat thesis ke apeeee???

    • Anonymous

      August 10, 2012 at 11:30 pm

      Dik, apa2 hal pun menutup aurat tu wajib ..kenapa pula perlu ada kenyataan setakat tutup kepala sudah memadai..penuhkan ilmu didada sebelum buat kenyataan yg memendekkan akal..jika kanak2 diajar bertudung..itu bgs tidak menghlg lsg zaman kanak2..malah diajar supaya sentiasa menutup aurat apabila tiba masanya kelak..

    • Anonymous

      August 17, 2012 at 12:00 pm

      Jgn lah ikut org bosnia pakai selendang..mana Ada dibolehkan menutup aurat cukup sekadar menutup kepala..sila rujuk hadis nabi..

  5. dani niza

    August 7, 2012 at 11:41 am

    Bertudung itu wajib,paksa x paksa.dh mmg hukum.jgn tunggu smp seru lah,x bersedia lah.mati,ajal bersedia ke tunggu korg.dh di riwayat oleh Rasulullah penghuni neraka yg ramai wanita.sbb salah satunye x menutup aurat.kite doakan yg terbaik bg penghijrahan tersebut.jgn plak pas ni mengata org bertudung x smsti baik.tp dasarnye die dh laksanakan perintah Allah yg wajib dan telepas dr hukuman Allah.insyaAllah.dan dosa x betudung b4 ni kite betaubatlah dgn seseungguhnya.semoga diampuni dosa tersebut

Loading...
To Top