Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Shila Amzah Kini Sudah Sedia Untuk Bertudung Sepenuhnya

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila Amzah yang telah mengesahkan dirinya kini bertudung sepenuhnya. Nampaknya tahun 2012 ini sungguh ramai artis yang berhijrah. Ini satu petanda yang sangat baik buat kita semua. Semoga penghijrahan Shila Amzah ini akan berkekalan sehingga bila-bila.

shila amzah kini bertudung

Advertisement

Berkata kepada wartawan Mstar, Shila Amzah mengakui yang dia hanya mencuba untuk bertudung bermula 1 Ramadhan lalu sebagai langkah menghormati bulan puasa. Selepas 15 hari, Shila Amzah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk dia bertudung sehingga ke akhir hayat. Kata Shila:-

Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung. Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah.

shila

Serius Abang Nara agak terharu membaca kisah Shila Amzah ini. Simple tetapi penuh dengan makna di sebalik ceritanya. Kepada peminat Shila, jangan risau kerana Shila memberitahu yang dia akan tetap menyanyi. Namun nyanyiannya itu akan disesuaikan dengan imej terbarunya.

Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan. Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna.

Tahniah sekali lagi kepada Shila Amzah atas penghijrahan ini. Sama-sama kita doakan agar Shila kekal sebegini sehingga ke akhir hayatnya. Tahniah Shila.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

96 Comments

  1. jebon

    August 7, 2012 at 10:24 am

    bosan aku dari brp hari dok post cerita ni jelah

  2. comey la kau!

    August 7, 2012 at 10:02 am

    Usaha yang boleh dibanggakan..bile kita berubah bukan bermakna kita alim kerana kita terlalu jauh utk itu..tp sekurang2nya kita berusaha utk menjadi yang lebih baik drp sebelumnya..

  3. alim2 kucen

    August 7, 2012 at 9:56 am

    nak jadik ostad & ostajah tapi bagi gelaran kat retis2 kat sini kemain lagi korang ya…ada hukum tak kalau korang wat cam ni?

    • Goblok

      August 7, 2012 at 10:07 am

      kau sakit hati pe hal Peah???

    • alim2 kucen

      August 7, 2012 at 10:28 am

      dah nama ko pon goblok..ahahahha

    • Den

      August 7, 2012 at 11:15 am

      taik kucen!!!!

    • alim2 kucen

      August 7, 2012 at 1:07 pm

      kang buka posa ko makan taik kucen…

  4. Anonymous

    August 7, 2012 at 9:49 am

    alhamdulillah….tp peringatan utk shila amzah…setelah brhijrah nih..minta jg batas2 pergaulan antara lelaki n perempuan, especially jgnlah pasni msh lg mcm dlu,brpgg tgn, peluk pnggang n rapat2 tu..tlg hormati tudung yang anda pakai… .

  5. blon pala ley...

    August 7, 2012 at 9:17 am

    SMBUNGAN calon2 penghijrah
    -aku
    -nara
    -rozita che wan

    • Anonymous

      August 7, 2012 at 6:23 pm

      harap Nara dpt bertudung saji selepas ini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top