(TAHNIAH) Sherry Ibrahim Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Hiburan

(TAHNIAH) Sherry Ibrahim Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Bersempena ulangtahun kelahiran Sherry Ibrahim yang ke 33 semalam, pelakon Sherry Ibrahim telah membuat satu keputusan yang cukup bermakna dalam hidupnya apabila kini sudah berhijab sepenuhnya.

Advertisement

Jelas Sherry ia adalah hadiah buat kedua ibu dan bapanya dan keputusan itu sebenarnya dibuat dalam waktu yang agak singkat.

Keputusan yang saya buat ini (berhijab) begitu singkat sebenarnya. Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang sangat bermakna buat ibu dan ayah.

Sebelum ini saya membayangkan untuk bertudung selepas berkahwin. Tetapi, saya rasa ibu dan ayah juga berhak mendapat rasa bahagia melihat anak mereka bertudung. Saya mahu menggembirakan mereka.

Saya berasa sayu apabila tidak menyumbang sesuatu kepada mereka. Bayangkan, ibu hampir tidak mengenali saya ketika kami berjumpa dengan imej baharu ini. Saya dapat lihat perasaan gembira pada wajah mereka.

Sherry selepas ini masih akan meneruskan kerjayanya seperti biasa, cuma beliau akan lebih selektif kerana ingin membawakan watak yang sesuai dengan imej terbarunya.

Alhamdullillah, terbuka lagi pintu hati seseorang artis wanita Malaysia untuk bertudung, lebih manis bukan Sherry Ibrahim bila berhijab? Harapnya perubahan ini akan kekal dan teruskan mendoakan yang terbaik buat Sherry.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...