(TAHNIAH) Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Sah Bergelar Suami Isteri

Hiburan

(TAHNIAH) Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Sah Bergelar Suami Isteri

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang sudah sah bergelar suami kepada Noor Nabila hanya dengan sekali lafaz pada jam 9.15 malam tadi bertempat di Royal Ballroom, Hotel Royal Chulan Damansara. Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Bin Hj. Mohd Supri Al-Hafiz iaitu Imam Masjid Damansara Perdana.

Advertisement

Kedua-dua mempelai tampak segak dan cukup anggun. Sharnaaz mengenakan baju melayu berwarna putih hasil rekaan, Putra Cosry manakala busana Nabila direka oleh Datuk Radzwan Radzwil.

Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Nabila. Sharnaaz juga menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1000 kepada Nabila. Walaubagaimanapun, mereka berdua sepakat untuk tidak mendedahkan jumlah wang hantaran perkahwinan kepada umum.

Difahamkan, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan juga di Hotel Royal Chulan Damansara pada 2 April ini. Majlis di pihak Sharnaaz pula bakal diadakan di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang.

Pasangan ini bakal berbulan madu di Itali pada 14 April ini.

Semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan sehingga syurga. Semoga Sharnaaz dan Noor Nabila akan dilimpahi dengan kebahagiaan dan rasa cinta yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Hlive / Wedlocx

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...