April 5th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah yang kini sedang hamil anak beliau yang keenam.

Shiera mengesahkan kandungan beliau kini sudah masuk dua bulan dan mengetahui dirinya berbadan dua selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya pada hujung bulan Februari lalu.

Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi selepas kali terakhir pada tujuh tahun lalu. Saya dan suami sangat gembira dan terharu. Lebih istimewa apabila khabar gembira itu saya peroleh selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga.

Pada awalnya Shiera merasa bimbang kerana mengandung pada usia 40an, walaubagaimanapun setelah mendapat nasihat doktor beliau kini lebih berjaga-jaga dalam melakukan sebarang aktivit dan berharap segala proses kehamilan dipermudahkan.

Saya berasa seperti hamil anak sulung sebabnya sudah lama tidak melalui situasi ini. Tentu saja saya teruja nak melalui detik sedemikian. Apa pun saya perlu lebih berhati-hati kerana bukannya muda lagi. Apa pun, doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah.

Selepas hamil kali terakhir sekitar 7 tahun lepas, kali ini Shiera dan suaminya Ijoy mengimpikan untuk mendapat bayi lelaki kali ini.

Hasil perkahwinan bersama pelakon Ijoy, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7, dan sekali keguguran.

Sebelumnya, Shirah mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...