(TAHNIAH) Sharifah Sakinah Umum Bakal Berkahwin Dengan Jejaka Inggeris Pada 25 Mei 2021

Hiburan

(TAHNIAH) Sharifah Sakinah Umum Bakal Berkahwin Dengan Jejaka Inggeris Pada 25 Mei 2021

Pelakon penuh sensasi, Sharifah Sakinah kini mendedahkan bahawa dirinya bakal berkahwin dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada 25 Mei tahun hadapan.

Advertisement

Menurutnya, tarikh tersebut dipilih kerana sangat istimewa buat dirinya dan Michael.

“Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama. Seperti yang dijanjikan, kalau betul ada benda yang baik, saya akan umumkan. Tapi kita tak tahu lagi sama majlis akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden. Masih 50-50 sebab dalam perbincangan dengan Covid-19 yang masih belum reda.”

Ujarnya lagi, beliau tidak akan berpindah ke Sweden kerana masih ingin berlakon di Malaysia.

“Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini. Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael).”

Menurut laporan Kosmo, ibu kepada seorang anak itu juga sempat menyeru orang ramai agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.”

Terdahulu, gempar di media sosial apabila Sakinah mendedahkan bahawa beliau telah bercerai dengan Afif Adha pada Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun.

Sumber: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...