Sedang hamil lima bulan dan dijangka bakal melahirkan anak sulungnya sekitar bulan Mei nanti, pelakon Sharifah Sakinah merasa syukur kerana beliau diberikan peluang untuk hamil sekali lagi selepas mengalami keguguran selepas mengerjakan ibadah umrah sebelum ini.
Alhamdulillah, saya bersyukur mendapat rezeki hamil lagi. Keguguran tahun lalu tak memberi apa-apa tekanan. Saya anggap ketika itu, tak ada rezeki. Saya lalui kehidupan seperti biasa.
Cuma tak sangka, sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada Februari tahun lalu, saya dan kakak, Sharifah Shahirah sama-sama hamil.
Lebih menggembirakan lagi, beliau dan suami Aliff Adha dikatakan bakal menimang cahaya mata perempuan.
Suami saya bukan kepalang seronok kerana memang nak anak perempuan. Apatah lagi, dia tidak ada beradik perempuan. Bakal anak saya ini akan menjadi cucu pertama untuk keluarga suami. Sebelah saya pula, ini cucu yang ke-17.
Alhamdullillah dan tahniah buat Sharifah Sakinah dan suami yang bakal menimang cahaya mata perempuan yang diidamkan tidak lama lagi. Kami doakan agar segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.